Tuesday, November 25, 2008

Surat dari YDP

kepada :P

Kepada: RAKAN-RAKAN AB


Salam wasilah ukhwafillah kepada semua rakan-rakan siswa & siswi AB, saya mendoakan agar anda semua selamat balik ke kampung. Di sini saya nyatakan beberapa tips sebelum balik:


  1. Pastikan barang-barang yang berharga tidak disimpan di dalam bilik.
  2. Pastikan tingkap dan langsir ditutup dengan rapi.
  3. Pastikan bilik anda dikunci.
  4. Maklumkan kepada felo-felo berdekatan & rakan-rakan yang tidak balik bahawa anda telah balik ke kampung.
  5. Pastikan anda check out’ di pejabat pentadbiran Kolej AB, sebelum balik.
  6. Dan isi Borang Permohonan Kolej Kediaman AB semester 2 sesi 2008/2009.

Semoga cuti anda dimanfaatkan dengan sebaiknya, dan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Jangan lupa apabila balik dari bercuti:


  1. ‘sign in’ di pejabat pentadbiran Kolej AB
  2. Dan bagi yang berkereta elakkan meletak kereta anda di bahu-bahu jalan kolej Kediaman AB, kerana pihak pentadbiran Kolej Kediaman AB akan menguatkuasakan sistem saman & rantai.

(jadi berhati-hatilah ketika meletak kereta)


Salam Khidmat

YDP JAKMAS AB

Saturday, November 22, 2008

Kes ROGOL TAK DIHEBOH FAKTA @ AUTA ?

Bagi yang membaca @ terbaca Berita Harian bahagian laman surat pembaca, bertarikh 15 Nov mungkin mengetahui sebuah artikel yang dikeluarkan oleh seorang Mahasiswi UMS Kolej Kediaman AB yang dikenali sebagai 'SISWI RISAU UMS' bertajuk ' Kes Rogol tak Diheboh '.

Siswi Risau dalam suratnya melahirkan kerisauan mengenai kekerapan pekerja teknikal yang masuk ke blok siswi pada waktu malam untuk melakukan kerja-kerja siasatan & membaik pulih. Selain itu, dalam suratnya juga tertulis kes Rogol & cabul telah berlaku di kolej kediaman AB tetapi tidak dihebohkan oleh Pihak UMS atas sebab menjaga nama baik UMS.

Surat yang dikeluarkan oleh Siswi Risau telah mengejutkan pihak HEP UMS, bagai Sang Naga terbangun dari lenanya, dan mereka mengambil keputusan untuk mencari Siswi Risau terbabit dengan melakukan 'spotcheck' bilik ke bilik, namun tak dijumpai.

Pada pengamatan saya, ada baik buruk surat yang telah dikeluarkan oleh Siswi terbabit:

BAIKNYA DIA.....

1. Tindakan melulu surat yang dikeluarkan oleh siswi terbabit kepada Berita Harian, telah menyedarkan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan segera tanpa berlengah! (orang puteh bilang 'A.S.A.P, as soon as possible la g2.....').Satu peraturan khusus akan diambil mengenai etika pekerja teknikal ketika melakukan kerja-kerja membaik pulih di kolej kediaman siswi AB, antaranya kerja-kerja membaik pulih tidak lagi dijalankan pada waktu malam, walaupun aduan kerosakan telah dilaporkan contohnya ‘blackout’ ataupun loceng kebakaran berbunyi tanpa sebab .

2. Kerana keperihatinannya, keselamatan Siswi lebih terjaga, & lebih diambil berat. Setidak-tidaknya menjadi pengajaran kepada Siswi-siswi yang lain untuk lebih perihatin mengenai keselamatan mereka, lebih peka & lebih berhati-hati.

p/s:Nasihat saya di sini tutup la aurat 2 & kenakan la pakaian yang sopan.. walaupun di sekitar lorong2 blok, x kesahla nak ke manapun ke tandas, bilik basuh, @ bilik kawan sekalipun:-p

TAK BAIKNYA DIA.....

1. Sepatutnya beliau melaporkan dahulu kerisauannya itu kepada Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman AB @ JAKMAS AB supaya tindakan dapat diambil, pihak pentadbiran Kolej sentiasa mengambil berat hal-hal kebajikan pelajar-pelajar yang menetap di Kolej Kediaman AB.

2. Fakta yang diberikan banyak bercanggah dan tidak tepat..

· Mengenai masalah kekerapan pekerja teknikal berada di blok siswi pada waktu malam walaupun dilaporkan tidak ada kerosakan adalah tidak betul! Melalui ‘Program JAKMAS AB TURUN PADANG’ tempohari, dilaporkan banyak kerosakan di setiap blok, tidak hairan banyak aduan yang dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pelajar(JPP), persoalan mengapa pekerja teknikal bekerja datang pada waktu malam & bukan waktu siang, ini kerana kebanyakkan aduan yang dibuat pelajar adalah pada waktu malam, waktu malam pelajar kebanyakan tidak ada kelas, tambahan lagi untuk pengetahuan umum JPP berkhidmat 24 Jam & siasatan adalah dalam kadar segera.

· Mengenai Kes rogol & cabul tak diheboh adalah palsu & merupakan khabar angin semata-mata. Jika kejadian itu berlaku sekalipun, tindakan untuk tidak dihebohkan bukan untuk menjaga nama baik UMS tetapi untuk menjaga nama baik mangsa.